1citizen

1citizen

Saturday, 28 September 2013

salam hujung minggu!!!

Assalamualaikum..
Hai,bertemu lagi kita dalam entri kali ini.Hari ni kami nak cerita tentang e-Celik.e-Celik ialah keupayaan menggunakan teknologi dan mengetahui bila anda boleh atau tidak boleh menggunakannya dan cara menggunakannya dengan wajar.Ia menekankan bagaimana tingkah laku dalam talian boleh memberi kesan yang besar di luar talian.Dibawah akan kami kongsikan cara nak tahu laman web itu selamat atau tidak.

Cara Mengetahui Laman Web yang Selamat.

  • URL laman web bermula dengan" https"bermaksud laman web menyediakan sambungan yang selamat kepada pengguna.
  • semua laman web yang selamat mempunyai ikon/gambar "ibu kunci"pada skrin untuk menjamin urus niaga dan data yang diberikan adalah selamat dan terjamin.
semasa menggunakan laman sosial ataupun dalam talian:

  • tidak meletakkan gambar kamu/kawan yang sedang melanggar undang-undang.
  • tidak mewujudkan laman web rangkaian sosial palsu untuk orang lain.
  • tidak menandakan (tagging) gambar kawan kamu di laman web sosial.

Itu saja entri yang kami dapat kongsikan pada hari ini.Harap dapat dimanfaatkan oleh kalian semua.
terima kasih.

(RIQQAH FATIMAHFATIN NUR AZMIRA / KU NUR HANIS )

Sunday, 22 September 2013

pengenalan blog saya



Assalamualaikum wbt






Salam sejahtera untuk semua.Untuk pengetahuan semua,blog ini kami buat untuk memenuhi portfolio bagi program 1citizen.Program ini telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia pada 21 dan 22 September 2013.Pelbagai input yang kami perolehi dengan menghadiri program tersebut.Antara yang utama ialah cara-cara untuk memastikan identiti kita tidak diceroboh oleh pihak lain.Dalam entri yang seterusnya akan kami kongsikan input-input yang menarik untuk anda.

jumpa lagi!!!






(RIQQAH FATIMAH / FATIN NUR AZMIRA / KU NUR HANIS )